Wednesday, July 9, 2014

Panduan Memilih & Menjaga Penghawa Dingin (Air-Conditioner)

Sharing is caring.

Assalammualaikum wbt,

Dengan lafaz Bismillah...

Panduan Memilih & Menjaga Penghawa Dingin (Air-Conditioner)
Memang ramai orang nak pasang penghawa dingin (air-conditioner) di premis atau rumah masing-masing. Ada yang nak beli besar-besar..dan ada juga nak yang murah-murah. Nah...Biasanya orang yang guna penghawa dingin ni sememangnya perlu bersedia dengan bajet elektrik yang lebih dari biasa...Di sini dikongsikan antara maklumat yang dapat membantu anda dalam memilih, membeli, menukar baru sesebuah penghawa dingin. Supaya anda alah membeli menang memakai...idak la membazir aje...

1. Semak saiz bilik dan penghawa dingin.
Pastikan saiz penghawa dingin adalah bersesuaian dengan saiz ruang/bilik anda.

Saiz penghawa dingin dikira dalam bentuk hp (horse power) ataupun kuasa kuda. 1 hp bersamaan lebih kurang 746 watt

2. Semak 'Energy Efficiency Ration (EER)'
EER ni dalam Bahasa Melayu ialah 'Nisbah Kecekapan Tenaga'. Biasanya bagi 1hp nilai EER antara 8 hingga 10... Semakin tinggi nilai EER makin cekap la...Keluaran bagi 1hp biasanya bersamaan 9200 BTU/jam

3. Semak Star Rating
Biasa tengok pelekat 'Energy Star Rating' pada alatan elektirk anda? Kadang-kadang ada juga yang tiada.. Bagi yang ada, makin banyak bintang yang ditunjukkan maka penghawa dingin itu adalah lebih cekap...Maksimum ada 6 bintang sahaja. Paling koman pun sekurang-kurangnya 2 bintang.

4. Semak kadar pengaliran udara
Kadar pengaliran udara dikira dalam unit kaki padu per minit @ cfm. 1 hp biasanya mempunyai 200-300 cfm. Makin tinggi kadarnya maka makin cepat sejuk dan lebih baik peredaran udaranya..

Bila dah beli nak kena pasang pulak...apa nasihat bila nak pasang?

Untuk 'split unit', bahagian outdoor diletakkan ditempat yang teduh untuk mengelakkan kesan pemanasan dek matahari, dan perlu mempunyai peredaran udara yang secukupnya

Dinasihkan supaya tidak memasang indoor unit menghadap pintu...nanti senang-senang je udara sejuk keluar

Dah pasang...macamana nak mengoperasikannya?

1. Pastikan indoor unit penghawa dingin tidak dihalang seperti oleh langsir ataupun perabot

2. Pastikan pintu dan tingkap ditutup rapat ketika penghawa dingin beroperasi

3. Jika tingkap kaca bertinted...lebih bagus..lebih senang nak sejuk

4. Penyelenggaraan berjadual boleh memanjangkan hayat penghawa dingin dan beroperasi pada tahap optimum. Rajin-rajin la cuci 'filter'...buang habuk..isi gas bila perlu

5. Sebelum hari panas, pasangkan penghawa dingin anda..jangan tunggu hari betul-betul panas baru nak 'ON"..

6. Hari panas...turunkan langsir...dapat halang haba panas masuk

Sekian...harap pengalaman dan ilmu ini dapar memberi manafaat pada anda....



Untuk maklumat lanjut untuk sebarang pertanyaan pembelian aircond, pemasangan, servis atau baik pulih boleh berhubung terus di talian 019-7508061 / 012-7404363 / 019-7951862 ( Kawasan Perkhidmatan : Johor Bahru, Kulaijaya, Senai, Pasir Gudang, Tiram, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kluang dan seluruh kawasan Negeri Johor )  

No comments: